Thursday, October 9, 2025

LAGU KPJ

 Tajuk :Mari Cegah Jenayah

🎶
Lagu : Hussein Haji Usih
Lirik : Hussein Haji Usih & Arifa Haji Kuraga
Susunan Muzik : Hussein Haji Usih & Yamaha Music School
Tajuk : Mari Cegah Jenayah
🎶
Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku yang tercinta
Menjunjung Rukun Negara
Mendukung peraturan sekolah
Walau di mana kami berada
Kami tetap tunaikan
Amanah, tanggungjawab yang diberi
Bermoral beretika

C/O MARI CEGAH JENAYAH
Semua hindari bersama
Mari perangi jenayah
Hidup bebas aman merdeka
Kelab pencegahan jenayah
Sekolahku yang tercinta
Menjunjung RUKUN NEGARA
Mendukung peraturan sekolah
Walau di mana kami berada
Kami tetap tunaikan
Amanah, tanggungjawab yang diberi
Bermoral Beretika

C/O MARI CEGAH JENAYAH
Semua hindari bersama
Mari perangi jenayah
Tanggungjawab kita semua
MARI CEGAH JENAYAH
Semua hindari bersama
Mari perangi jenayah

HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS...........AMAN MERDEKA..........!

IKRAR KPJ

 Kami,

Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia
Berikrar,
Bahawa kami akan berusaha,
Menjadi ahli yang sentiasa mematuhi,
Peraturan dan perlembagaan kelab,
Peraturan sekolah dan
Undang-undang Negara
Demi memartabatkan nama baik kelab dan sekolah,
Berlandaskan,
Taat dan patuh kepada ajaran agama,
Taat dan patuh kepada perlembagaan kelab dan,
Taat dan patuh kepada peraturan sekolah.
Kami berjanji,
Akan sentiasa berusaha menjadi ahli yang berketerampilan,
Berakhlak mulia, bertanggungjawab, amanah,
Dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab.
Kami berjanji,
Akan cuba sedaya upaya untuk,
Mencegah, menghindari dan memerangi Jenayah,
Demi kesejahteraan seluruh warga Malaysia.

MAKSUD LOGO KPJ

 


Huruf KPJ bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH.

Bulatan berbentuk mata :
Melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan persekitaran secara berterusan.

Warna MERAH :
Melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.

Warna BIRU :
Melambangkan perpaduan dikalangan ahli.

Warna KUNING :
Melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang - undang Negara.

Latar belakang WARNA PUTIH :
Melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha pencegahan jenayah.

OBJEKTIF KPJ DAN PERANAN AHLI KPJ

 

OBJEKTIF KPJ 

Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah. 

 

Menanamkan nilai - nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.

 

Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah

 

Menyediakan garis panduan tentang cara - cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.

 

Melahirkan murid - murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.  


PERANAN AHLI KPJ

 Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti - aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid

2. Peningkatan Disiplin Murid

3. Perpaduan Murid

4. Patriotisme

5. Jati diri


LATAR BELAKANG, MOTO DAN MATLAMAT PENUBUHAN

 LATAR BELAKANG KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia. 


MOTO KPJ

"Mencegah Lebih Baik Daripada Memerangi"


MATLAMAT PENUBUHAN

Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahamn tentang penguatkuasaan undang -undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. 







LAGU KPJ

  Tajuk :Mari Cegah Jenayah Lagu : Hussein Haji Usih Lirik : Hussein Haji Usih & Arifa Haji Kuraga Susunan Muzik : Hussein Haji Usih ...